Friday, September 24, 2010

Kek Belacan

Salam Aidilfitri semua....lama dah tak update blog.Bukan bermakna saya tak memasak atau mem'baking' selama tempoh saya menyepi..cuma masa agak terbatas la skit semasa Ramadhan yang lepas.Hari ini bersempena Hari lahir anak saya, Nabila, saya telah cuba resepi yang telah saya modified sikit dari resepi yang asal.Kunun-kunun nya kira kek ni istimewa untuk hari lahir Nabila yang ke 6 tahun.Doa saya semoga dia menjadi anak yang solehah dan hamba Allah yang bertaqwa di dunia dan di akhirat..amin






Kek Belacan (Mysdear Kitchen Therapy version)

10 biji telur
16 oz mentega
1/2 tin susu manis
2 cawan gula castor
1 peket kecil milo / vico (200g)
1 peket kecil horlick (200g)
1 cawan koko
1 sudu browning sugar
1 cawan tepung gandum / hong kong
1 sudu besar ovallete
1 sudu teh essen vanilla
badam yang dicincang halus


Cara-cara membuatnya
Mentega dan gula di pukul sehingga kembang.
Kemudian masukkan telur satu persatu sehingga habis.Barulah masuk essen vanilla dan ovallete.Pukul lagi hingga sebati.

Setelah itu, masukkan susu manis,milo, horlick,koko,browning sugar dan tepung.Kacau sampai sebati.
Selepas itu, sediakan acuan sapukan mentega dan taburkan badam yang dicincang di bawahnya.
 Kemudian adunan bolehlah di tuangkan ke dalam acuan.Akhir sekali, taburkan sekali badam cincang tersebut di atas permukaan kek.Dan bolehlah di bakar pada suhu 170 celcius hingga masak.

Selamat mencuba!



tips: sekiranya kek yang dibakar tidak masak di tengah, cuba tambahkan masa lagi dan kekalkan suhu oven.Pusing-pusingkan acuan setiap kali masa tamat.Cucuk sedikit menggunakan lidi untuk memastikan kek sudah masak.

2 comments:

  1. hehehe..belacan takder kena masuk senarai resipi ke kak?hehehe...menarik sungguh nama keknya..nampak sedap...nak cuba wat nanti..hehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha..dah nama dia mcm tu..letak bahan memacam kot...tp sedap rasanya.kena try anis.

    ReplyDelete