Friday, October 22, 2010

Ikan Siakap kukus & Sayur kacang buncis sos tiram

Hari ni kira-kiranya nak masak special la kunun.Teringin nak kukus ikan siakap ikut resepi homemade.Selalunya dok kedai jer baru dapat merasa ikan siakap kukus ni.Lauk kegemaran kami sekeluarga.Tadi search kat google cari resepi, jumpa resepi tu kat SINI

on the way nak masuk periuk pengukus

Ikan Siakap kukus

 Bahan2:
1ekor ikan siakap saiz sederhana - bersihkan dgn tepung dan air asam
1 biji bwg besar - dimayang halus
1 biji bwg putih - dimayang halus
1 btg serai - dihiris halus (takde stok)
2 inci halia - dihiris halus
2 potong kulit lemon atau limau nipis - dihiris halus
2 btg cili padi - di ketuk
1 sudu besar asam jawa - dptkan air dlm 1/2 cawan
Perahan air limau nipis dpt kan 3-4 sudu besar
Bahan tambahan: Lobak jeruk & Kobis jeruk - hiris halus (tak de stok)
Gula & garam secukup rasa

Cara2
Sediakan bahan2 mengikut arahan diatas. Campurkan semua bhn tumbuk dan hiris dlm satu mangkuk. Gaul rata sehingga bwg tu nampak lecur. Perisakan dgn garam dan gula secukupnya. Kemudian, ambil ikan yg dah bersih tadi..gaul sekali dlm adunan bhn2 perap tadi.Perap dulu ikan dlm 1-2 jam. Kemudian sedikan periuk kukus dan kukus dgn api yg sederhana dlm masa 1/2 jam atau sehingga ikan betul2 masak.





Yang ni pulak sayur kacang buncis sos tiram ( masak campak2 jer ni :P )


Bahan-bahannya:

Kacang buncis di hiris serong
bawang merah, bawang putih dimayang halus
ikan bilis yang sudah dikopek
sos tiram sesedap rasa
Secukup Rasa Maggi pun sesedap rasa jugak
cili merah atau cili padi -jika suka

Cara-cara membuatnya:

tumis bawang merah dan bawang putih serta ikan bilis sehingga harum baunya
kemudian masukkan kacang buncis , sos tiram , Secukup Rasa Maggi dan sedikit air.
Masak sekejap, kemudian angkat.
Bolehlah dihidang.

6 comments:

  1. wah....new looks this blog...Ayu suke...nampak ceria......sedap tu ikan siakap my peberet.....buat apa pun suka....

    ReplyDelete
  2. sedapnyerrrr...terliur2 neh..huhuh...dahler blum bekpes...huhuh..nk p makanla..hehe

    ReplyDelete
  3. Ayu ~ thanx ayu..dan thanx jugak sbb selalu forward emel kt akak :) ikan kukus ni mmg dah lama nak buat.Baru hari tu berkesempatan.

    Anis ~ hehehe..lambat lak die bekpes ek.

    ReplyDelete
  4. ada perhimpunan ler kak pagi tadi..tak sempat serang kantin pastu ada kelas..huhuh... sekarang dah kenyang..ari ni kelas abis kul 2..on9 jap..wireless..heheh...balik berokband, lembab skit...masak apa lunch ari ni??

    ReplyDelete
  5. owh...patutlah rajin jer jenguk 'dapur' akak nie...hehehe...masih berok band ek?

    Hari ni lunch sup ayam special..hehe..

    ReplyDelete
  6. biasala kak..cakap dah upgrade..kadang2 duk mcm tu ler..kadang2 ada gak laju..huhuh... kemarin sekolah saya histeria kak..huhuhu

    ReplyDelete