Thursday, October 28, 2010

Sosej Blossom Bun

 Hari ini sempat pulak mengguli tepung, Nabihah pulak kena demam.Nasib baiklah suami ada kat rumah.Ni merupakan resepi bun sosej yang pertama yang saya cuba.Hasilnya menakjubkan.Suami dan anak-anak suka.Thx a lot kepada CMG a.ka Mat Gebu atas sumbangan resepi ni :)



 Tak de stok mixvege..jadi x berseri sgt upernye..



BAHAN-BAHANNYA :

250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver ( takde stok-saya skip)
1/4 camca teh bread softerner (saya guna dough softner - sama ek? )
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan (saya guna sosej daging Ramly)
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya ( takde stok)

Cara-cara membuatnya:
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
  3. Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar DISINI dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

nak masuk oven dah nie..

6 comments:

  1. cantik bentuk rotinya..mmg suke gune resepi ni..sedap elok gebu lembut roti tu

    ReplyDelete
  2. a'ah izah..memang sedap guna resepi ni...:)

    ReplyDelete
  3. cantiknya.....tak pandai ira nak buat mcm ni

    ReplyDelete
  4. Ira..saya pun baru 1st time buat nie.Berpandukan gambar tunjuk ajar yang cik mat paparkan kat blog dia.Kalo tak mmmg saya x fham nak buat mcmna blossom tu.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikumwbh.....first time wat....dah amazingly jadi and nampak tempting ar.....alhamdulillah....taniah yer.....dear...next time wat lagi.....

    ReplyDelete
  6. salam kak ain..

    ari tu dah try post comment kat sini masa duk umah tp xdapat..huhuhu.. nabihah dah sehat ker kak?sedap bun akak..bak skit..ahehe

    ReplyDelete