Tuesday, June 15, 2010

Muffin Coklat 1

Bahan-Bahan

* ½ cawan mentega
* ½ cawan minyak jagung
* 1 ¼ cawan gula perang
* 3 biji telur
* 2 ½ cwn tepung gandum
* 1 sudu teh baking powder
* 1 sudu teh soda bikarbonat
* 3 sudu makan serbuk koko
* 200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
* Sedikit coklat chip untuk hiasan.

Cara-cara:

1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati.
6. Paipkan adunan ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
7. Siap untuk di bakar. Bakar selama 20 minit.

sumber:Babycakes2u.com

MysKitchen - hari tu buat x letak coklat chips dan susu segar coklat..so rasa dia kureng sikit.Tapi anak-anak suka makan :)

No comments:

Post a Comment