Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Friday, September 24, 2010

Kek Belacan

Salam Aidilfitri semua....lama dah tak update blog.Bukan bermakna saya tak memasak atau mem'baking' selama tempoh saya menyepi..cuma masa agak terbatas la skit semasa Ramadhan yang lepas.Hari ini bersempena Hari lahir anak saya, Nabila, saya telah cuba resepi yang telah saya modified sikit dari resepi yang asal.Kunun-kunun nya kira kek ni istimewa untuk hari lahir Nabila yang ke 6 tahun.Doa saya semoga dia menjadi anak yang solehah dan hamba Allah yang bertaqwa di dunia dan di akhirat..amin






Kek Belacan (Mysdear Kitchen Therapy version)

10 biji telur
16 oz mentega
1/2 tin susu manis
2 cawan gula castor
1 peket kecil milo / vico (200g)
1 peket kecil horlick (200g)
1 cawan koko
1 sudu browning sugar
1 cawan tepung gandum / hong kong
1 sudu besar ovallete
1 sudu teh essen vanilla
badam yang dicincang halus


Cara-cara membuatnya
Mentega dan gula di pukul sehingga kembang.
Kemudian masukkan telur satu persatu sehingga habis.Barulah masuk essen vanilla dan ovallete.Pukul lagi hingga sebati.

Setelah itu, masukkan susu manis,milo, horlick,koko,browning sugar dan tepung.Kacau sampai sebati.
Selepas itu, sediakan acuan sapukan mentega dan taburkan badam yang dicincang di bawahnya.
 Kemudian adunan bolehlah di tuangkan ke dalam acuan.Akhir sekali, taburkan sekali badam cincang tersebut di atas permukaan kek.Dan bolehlah di bakar pada suhu 170 celcius hingga masak.

Selamat mencuba!



tips: sekiranya kek yang dibakar tidak masak di tengah, cuba tambahkan masa lagi dan kekalkan suhu oven.Pusing-pusingkan acuan setiap kali masa tamat.Cucuk sedikit menggunakan lidi untuk memastikan kek sudah masak.

Friday, May 28, 2010

Kek Coklat


Resepi nie diberi oleh rakan sekerja saya yang dlu.Resepinya agak simple dan senang di buat.Sempena besday my boy saya cuba lah resepi nie.


Bahan-bahannya:

*1 cawan coklat (koko van houten)-> saya guna serbuk koko yg biasa jer.Hari tu cari kat Giant tak de pulak jual brand tu)
*1 cawan air
*1/2 cawan gula halus
250gm tepung naik sendiri
6 biji telur
340gm gula halus
1 sudu teh esen vanilla


untuk topping:

1 tin susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/3 cawan minyak jagung
sedikit garam
1 sudu teh esen vaniila


Cara membuatnya:

Bahan yg bertanda * dimasak guna boiler di atas api sederhana hingga pekat dan biarkan sejuk.
Pukul mentega dan gula hingga putih/ kembang.
Masukkan telur satu persatu.
Akhir sekali, masukkan tepung, esen vanilla dan cecair koko tadi.
Gaul hingga sebati.
Adunan di bahagikan kepada dua..untuk menjadikan nya 2 layer. (saya buat 1 layer jer, acuan x cukup)
Bakar pada suhu 177 darjah celsius selama 25-30 minit.

Cara membuat topping:
Gaul semua bahan2 utk topping tadi.Sapu atas kek dan di tengah (utk yg buat 2 layer)




ahakz..Transformer yg girly :P last minute baru prasan lupa nak beli something utk hias atas kek.






Gambar-Gambar 'basi' : Cupcakes dan dekor sekali..saya buat ni time besday Nafisah yg lalu.