Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Thursday, October 7, 2010

Roti Jala versi lempeng

Alkisahnya, lama sudah menanam hasrat nak menjala ni.Tapi bila tiba waktunya..menjala tak menjadi.Agaknya bahan tak cukup barangkali.Tapi masa makan tu sedap jugak layan.Tak pe la..practice make perfect.Cuba lagi lain kali. :D


Wednesday, June 23, 2010

Pulut Kuning Hari bapa


Ini merupakan hidangan istimewa yang saya masak untuk suami sempena hari bapa kali ini.Ingatkan nak buat sebijik kek, fikir punya fikir..dah selalu sangat buat yang manis-manis..tukar selera la pulak ye..hihihi..makan yang pedas-pedas  pun besh jugak kan.Lagipun, kebelakangan ni suami ada jugak crite2 teringin nak makan pulut kuning sebab dah lama tak makan.Pulut kuning ni makanan kegemaran dia tau..so saya cuba2 lah ber'eksperimen' lagi.Sebenarnya, ini kali ketiga saya buat pulut kuning ni.Memang dah lama tak buat dah.So,terpaksa refer balik resepi..:D
Di bawah ni saya serta resepi dan cara-cara membuat pulut kuning.Nak tengok video cara memasak pulut kuning, klik sini



Bahan-bahannya:

Beras pulut 600g - (saya buat 1kg)
Serbuk kunyit 1 sudu- (saya letak 2 sudu teh)
Jus limau nipis 1 biji -  (saya tak letak)
Santan
2 cawan (saya letak 500ml-santan yang dlm kotak...kalo rasa pekat sgt, kurangkan) - (kena kacau rata-rata biar tak nampak putih santan)
Garam (secukup rasa)


Cara-cara membuatnya:

Rendam beras pulut dengan air, serbuk kunyit (dibancuh dengan sedikit air) dan air limau nipis. Rendam 4 hingga 6 jam. (Serbuk kunyit boleh digantikan dengan air rebusan kunyit hidup).
Masukkan beras pulut ke dalam periuk kukus dan toskan airnya. Kukus hingga masak.
Apabila pulut masak, masukkan ke dalam periuk berlainan.
Di dalam mangkuk, campurkan garam dengan santan.
Masukkan santan sedikit demi sedikit ke dalam pulut dan gaul sebati.
Masukkan semula ke dalam periuk kukus dan kukus sebentar hingga pulut masak.
Pulut kuning enak dimakan bersama rendang atau sambal.


MysKitchen - air limau nipis tu saya tak letak.Sbb menurut resepi saya yang lalu memang tak ada air limau nipis ni.Ada sapa2 tahu tak..kenapa letak air limau nipis ek?

Sunday, June 20, 2010

Kuih Keledek bakar

Kuih keledek bakar ni merupakan percubaan pertama saya (kira macam eksperimen la kononnya).Resepi ni saya adaptasikan , saya tokok tambahkan dari resepi kuih bakar yang telah saya buat hari tu.Menjadi juga kuih keledek bakar saya ni..Cuma sukatan tepung gandum saya kurangkan dari 2 cawan kepada 1 cawan sahaja.

MysKitchen - teringin nak makan bingka keledek..yang kat tepi kuihnya dibakar agak rangup2 tu..mcm kuih orang dlu-dlu..

Wednesday, May 26, 2010

Kuih bakar




So yummy dan sedap..resepi pon simple.Saya cedok resepi nie dari Hana's family


Bahan-bahan

* 1 cup gula
* 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
* 2 cup tepung gandum
* 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
* 2 tbs butter/marjerine
* 3 biji telur
* 1/2 tsp garam
* colour hijau
* bijan

Cara-cara

1. campurkan semua bahan. blend sampai sebati.
2. masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
3. panaskan loyang dlm oven. bila butter dah cair, masukkan mixture kuih tadi, taburkan bijan. bakar pd 180 darjah celcius sampai brown atau garing.
*lepas 20minit baru taburkan bijan. supaya bijan nmpk cantik dan tak hangit.
(Tapi saya tabur bijan time nak masukkan adunan dalam oven, tak yah tabur lg lepas tu)tp 2nd time saya buat, bijan terlebih sudaa..sbb tu la tanggal2 jer bijannya tu.