


Resepi nie adalah pemberian mak saya.Lama dah tak mencuba resepi nie..rasanya ala-ala murtabak gitu..
Bahan-bahannya:
5 biji telur ayam
1 bungkus daging kisar (size kecil 400g)
1 tin susu cair
3 labu bawang besar (dihiris)
3 biji cili merah (dihiris) -> saya tak letak
1 bungkus roti crackers
daun sup / daun bawang - > saya tak letak
1 tbsp serbuk kari ( boleh tambah jika mahu pedas )
Garam secukup rasa
gula / serbuk perasa
Cara membuatnya:
Tumiskan bawang besar hingga kekuningan, kemudian masukkan serbuk kari beserta daging kisar,garam, garam dan gula/serbuk perisa secukupnya.Barulah diletak daun sup/ bawang.
Roti direndam sebentar di dalam air sejuk kemudian di angkat dan di masukkan pula ke dalam susu cair yg telah di campur sedikit garam.
Kemudian, susun roti crackers tersebut dalam acuan lalu ditabur bahan yang telah ditumis tadi, kemudian barulah diletak selapis bancuhan telur.Buatlah begitu berlapis-lapis sehingga habis.
Kemudian dibakar di dalam oven.Panaskan dlu oven dalam masa 5 minit cm tu ker...baru masuk adunan.Suhu 170 darjah celsius selama 15 min (atau sampai kekuningan)
Selamat mencuba!