Monday, June 21, 2010

Muffin Fifa World Cup 2010(choc chips banana)


muffin ni juga merupakan eksperimen saya yang kedua...hihi..kebetulan baki bahan-bahan membuat muffin masih ada, saya cubalah ber'eksperimen lagi.Sesambil my 2 hero tu tengok bola, saya pulak nak ambil peluang untuk ber'eksperimen'.Muffin kali ni saya tak gunakan mentega, sebab kehabisan mentega..saya ganti dengan marjerin.Resepinya tak jauh beza dengan resepi muffin yang lain tapi bagi orang yang baru berjinak-jinak me'muffin' ni (saya la tu ) begitu teruja sekali bila muffin yang dia buat menjadi :D


Bahan-bahan:

1 cawan marjerin
4 biji telur gred B
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula perang
3 biji pisang berangan
1 cawan koko van houten
1 cawan chocolate chips
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat


Cara membuatnya:

Pukul marjerin dan gula perang sampai sebati dan sekadarnya.Kemudian masukkan telur satu persatu dan gaul sampai sebati.
Lenyek kan pisang dan masukkan sekali dalam adunan tadi.
Dalam mangkuk yang lain, ayak tepung gandum,koko, baking powder dan soda bikarbonat kemudian di gaul bersama.
Kemudian gaulkan adunan (marjerin, gula perang dan telur) bersama adunan yang telah diayakkan tadi.
Gaulkan sebati.
Kemudian panaskan oven pada suhu 180 celcius selama 10 minit.
Apabila oven sudah panas, bolehlah dibakar selama menggunakan api atas dan bawah selama 20 minit.

No comments:

Post a Comment