Wednesday, June 23, 2010

Pulut Kuning Hari bapa


Ini merupakan hidangan istimewa yang saya masak untuk suami sempena hari bapa kali ini.Ingatkan nak buat sebijik kek, fikir punya fikir..dah selalu sangat buat yang manis-manis..tukar selera la pulak ye..hihihi..makan yang pedas-pedas  pun besh jugak kan.Lagipun, kebelakangan ni suami ada jugak crite2 teringin nak makan pulut kuning sebab dah lama tak makan.Pulut kuning ni makanan kegemaran dia tau..so saya cuba2 lah ber'eksperimen' lagi.Sebenarnya, ini kali ketiga saya buat pulut kuning ni.Memang dah lama tak buat dah.So,terpaksa refer balik resepi..:D
Di bawah ni saya serta resepi dan cara-cara membuat pulut kuning.Nak tengok video cara memasak pulut kuning, klik sini



Bahan-bahannya:

Beras pulut 600g - (saya buat 1kg)
Serbuk kunyit 1 sudu- (saya letak 2 sudu teh)
Jus limau nipis 1 biji -  (saya tak letak)
Santan
2 cawan (saya letak 500ml-santan yang dlm kotak...kalo rasa pekat sgt, kurangkan) - (kena kacau rata-rata biar tak nampak putih santan)
Garam (secukup rasa)


Cara-cara membuatnya:

Rendam beras pulut dengan air, serbuk kunyit (dibancuh dengan sedikit air) dan air limau nipis. Rendam 4 hingga 6 jam. (Serbuk kunyit boleh digantikan dengan air rebusan kunyit hidup).
Masukkan beras pulut ke dalam periuk kukus dan toskan airnya. Kukus hingga masak.
Apabila pulut masak, masukkan ke dalam periuk berlainan.
Di dalam mangkuk, campurkan garam dengan santan.
Masukkan santan sedikit demi sedikit ke dalam pulut dan gaul sebati.
Masukkan semula ke dalam periuk kukus dan kukus sebentar hingga pulut masak.
Pulut kuning enak dimakan bersama rendang atau sambal.


MysKitchen - air limau nipis tu saya tak letak.Sbb menurut resepi saya yang lalu memang tak ada air limau nipis ni.Ada sapa2 tahu tak..kenapa letak air limau nipis ek?

2 comments:

  1. kalo masak pulut biasanya mmg saya letak air limau nipis..kata org tua utk lebih kilatkan dia..

    ReplyDelete
  2. mekasih...terjawab persoalan saya.Saya tak letak hari tu takot menjejaskan rasa pulut.

    ReplyDelete