Friday, May 28, 2010

Pie Crackers




Resepi nie adalah pemberian mak saya.Lama dah tak mencuba resepi nie..rasanya ala-ala murtabak gitu..





Bahan-bahannya:

5 biji telur ayam
1 bungkus daging kisar (size kecil 400g)
1 tin susu cair
3 labu bawang besar (dihiris)
3 biji cili merah (dihiris) -> saya tak letak
1 bungkus roti crackers
daun sup / daun bawang - > saya tak letak
1 tbsp serbuk kari ( boleh tambah jika mahu pedas )
Garam secukup rasa
gula / serbuk perasa


Cara membuatnya:

Tumiskan bawang besar hingga kekuningan, kemudian masukkan serbuk kari beserta daging kisar,garam, garam dan gula/serbuk perisa secukupnya.Barulah diletak daun sup/ bawang.

Roti direndam sebentar di dalam air sejuk kemudian di angkat dan di masukkan pula ke dalam susu cair yg telah di campur sedikit garam.

Kemudian, susun roti crackers tersebut dalam acuan lalu ditabur bahan yang telah ditumis tadi, kemudian barulah diletak selapis bancuhan telur.Buatlah begitu berlapis-lapis sehingga habis.

Kemudian dibakar di dalam oven.Panaskan dlu oven dalam masa 5 minit cm tu ker...baru masuk adunan.Suhu 170 darjah celsius selama 15 min (atau sampai kekuningan)


Selamat mencuba!

7 comments:

  1. sedapnya nampak... lepas susun dalam acuan kena bakar ke kak??? berpa lama?? suhu berapa??

    ReplyDelete
  2. a'ah bakar...hehe..lupa taip kat situ.suhu 170 cam tu...bakar dalam masa 15 min, agak2 la.Guna api atas bawah.

    ReplyDelete
  3. hehehehe... tu yg pelik tu..nampak gambar cam kena bakar,,tapi tak kena tulis..nanti free nak cubala...hehehe

    ReplyDelete
  4. hehehe..nak rush pg td..sampai terlupa lak.sib bek anis tolong igtkan..kalo tak ada yg sakit perot makan pie x masak...hehehe..

    try la buat..x susah..senang jer..utk bekpas or minum ptg pun ok gak :)

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Wahh boleh try buat ni..nampak mudah. bahan2 pun memang bahan rutin dlm rumah kecuali daging tu.

    ReplyDelete
  6. w'ssalam...a'ah..mudah dan cepat...hehe..anak2 akak suh buat lagi...sedap katanya.

    ReplyDelete
  7. salam nak tanya nieh..roti krakers tuh sama dgn biskut krakers ker?sbb tgk kat pic cam biskut..tapi panggil roti crackers..nak cubalah..nampak senang & menyelerakan...

    ReplyDelete