Monday, July 5, 2010

Bun Nescafe Excella filled with Chocolate



Dapat resepi ni dari Izah Muffin Lover .Sedap bun ni..cuma mungkin tak sesedap Izah buat.Almaklum laa, percubaan pertama saya membuat roti.heee... :D Jenuh jugak tu time menguli.Haihh...kalo ada BM lg senang keja menguli kan.Agak-agaknya BM mana yang ok? ada sesiapa yang tahu tak? Harga sebuah BM brapa ek? Sbb tak nah lg tgk bende tu depan mata..:D

Apapun layan resepi ni dlu...


Bun Nescafe Excella filled with Chocolate
sumber:ros http://jintanmanis.com

Bahan-bahan:
180 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
3/4 biji telur
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin
1 1/2 sudu kecil yis
100ml susu segar
2 sudu besar gula
1 paket nescafe excella ( ros guna yang cecair, klu nak guna yang serbuk pun boleh)

3 paket mini toblerone coklat ( nak tukar dengan krim coklat nuttella pun boleh)

Cara-caranya
1) Kalau ade BM Pilih menu Dough dan On je, kalau takde campurkan kesemua bahan dalam bekas adunan kecuali marjerin dan uli sehingga menjadi doh.

2) Masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.

3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti dan boleh isikan inti coklat toblerone yang telah dipotong kecil.

4) Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan marjerin . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.

5) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Gliss roti dengan baki telur+1\2 sudu kecil susu dan beberapa titik madu dan bakar selama 18-20 minit atau sehingga perang. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan marjerin.

6) Sejukkan roti di atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara, Sedia untuk dihidangkan dan amat sesuai untuk sarapan atau minum petang.



 mcm terlebih d bakar je rupanya kan..cm hanguih...first time buat.Practice make perfect! nnt nk cuba lg.


MysDear: Tepung kene tambah2 kot..sampai x melekat d jari...

6 comments:

  1. betul tu kak..saya first time buat roti mcm hampeh je..tapi pecubaa akak nih dah cantik roti nyer...tahniah

    ReplyDelete
  2. Dear - i pun tgh fikir2 ni nak try buat roti pulak tp tak BM. tp roti tu nampak gebu jer...

    ReplyDelete
  3. tahniah atas kejayaan pertama smga seterusnye..akak pun belom ada mr BM tuu kalau ada laju juga kayuh..lenguh tgn yg tak larat dh niee hehe..

    ReplyDelete
  4. Izah ~ tulaa..memula buat mcm x konpiden jer.risau x menjadi.OK ek roti akak tuu...pheww...hehe..


    lina ~ kena kerap menguli kot..siap tumbuk2 lg kt roti tu..hehe..tp saya fikir kalo ada BM lg senang.


    Jalilah_jy ~ hehehe...betul tu kak...lenguh tgn nguli buat roti nie..first try berpeluh2 buat.Mekasih kak..nie yg buat makin smangat nie..ehehe..

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Wahh cantik bun akak buat tu..bagusnya kalau tahu serba-serbi masakan,kek,biskut (semua la), tak bergantung lg dgn makanan di luar.

    ReplyDelete
  6. W'salam sakinah..

    hehe..akak baru jer try buat nie...memandangkan anak suka makan roti.Sakinah try la buat. :)

    ReplyDelete