Wednesday, October 13, 2010

Coffee Muffin With Choc. Chips

Sebenarnya lama dah buat muffin ni.Sebelum puasa kot...hehehe...nak upload ,segan sebab ruper muffin yg saya buat tak lawa berbanding otai-otai yang lain :D Tapi memandang anak-anak saya kata sedap, jadi tak salah rasanya saya uploadkan resepinya di sini.Anak perempuan saya pernah tanya " ma, bila nak buat muffin nie lagi?? " soalan motivasi tuu! :P


1st time buat...


COFFEE MUFFIN WITH CHOC. CHIPS
sumber: Kak Nor &   Hana Jepun

Bahan-bahan
  • 200g tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 150g gula - hana kurangkan 110g sahaja
  • 1/2 sk esen vanila
  • 2 biji telur
  • 100g mentega
  • 100ml krim masam - hana ganti yogurt
  • 1 sudu besar serbuk coffee bancuh dengan 1 sb air panas
  • Choc chip secukupnyer - nih hana tambah
Untuk Crumb
  • 50g gula perang
  • 50g tepung gandum - ayak
  • 50 butter tanpa garam sejuk - potong dadu
  • 1/4 garam - jika menggunakan butter bergaram tak payah letak
  • 1/2 sk serbuk cinnamon

Cara-cara
  • Untuk Crumbs - Campur gula perang, tepung, garam dan kayu manis. Kacau rata. Masukkan butter dan gentel2kan sehingga jadik serbuk crumbs. Simpan dalam esbok sehingga saat hendak dgunakan.
  • Panaskan oven suhu 200. dalam mangkuk campur tepung, baking powder dan gula. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan mentega, krim@yogurt, pes coffee dan esen vanila. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
  • Tuang ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata menggunakan senduk kayu/spatula. Tak perlu over mix. Kacau asal sebati.
  • Tuang adunan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan crumbs dr peti sejuk tadi. Jika suka, leh taburkan choc chips atau masukkan choc chips ke dalam adunan.
  • Bakar selama 25min. Keluarkan dr oven, biarkan 5 min baru keluarkan dari loyang/muffin tray.
  • Letak atas redai dan hidangkan hangat dengan secawan kopi.




 second time buat...crumbsnya lebih skit adunannya tp xde choc chips ( tak de stok)

    No comments:

    Post a Comment