Thursday, October 14, 2010

Pizza Ria

 Salam..

Lama dah buat pizza ni..dapat resepi dari geng sekerja yang dolu-dolu.Memula pandai buat pizza inilah resepi pertama yang pernah saya cuba.Bahan-bahan pun nampak simple jer, sesuai utk yang amatur mcm saya..



 Bahan-bahannya

500gm tepung gandum
1 sudu susu pekat
1 sudu yis mauripan
1 sudu marjerin @ mentega
beberapa mil air untuk bancuhan

Untuk topping

3 ulas bawang besar dicincang halus
2 bawang puting dicincang halus
sedikit  serbuk lada putih
1 bungkus daging cincang
1 bungkus sayur campur

sedikit garam dan serbuk perasa.

1 bungkus keju mozarella *
cendawan butang (optional)*

hirisan nanas (optional)*
Sos tomato

Cara membuatnya:

Yis dan susu pekat digaul.
Kemudian tepung dan marjerin/mentega digaul rata bersama air sedikit demi sedikit sampai jadi doh.
Kemudian di canai.
Untuk topping, tumis semua bahan-bahan di atas.Sehingga garing sedikit.
setelah masak, mula-mula atas pizza yang sudah di canai tadi, disapukan sos tomato kemudian barulah bahan-bahan yg telah di tumis tadi ,taburkan di atas adunan pizza.
Seterusnya, bahan-bahan yang bertanda * ditabur di atas pizza tersebut.
masukkan ke dalam oven pada suhu 150 celcius.(terpulang pada suhu oven masing-masing)
Bakarlah sehingga masak.
Jangan sampai hanguih pulak ye :P

No comments:

Post a Comment