Thursday, January 26, 2012

Cucur udang

Assalamualaikum...lama dah tak update resepi yg pernah saya cuba kat sini.Masak tu memang lah saya masak, tapi cuma tak berkesempatan nak letak kat sini jer.hehehe..

ok, resepi yg saya cuba kali ni ialah dari blog CMG.Thx to cmg atas sumbangan resepi ini.Lama dah carik resepi cucur udang yg udang nya dok tengah2 tu..hehehe..sbb hubby suka makan.Memang sedap cucur udang ni.Rugi tak try.So resepi nya saya taip kat bawah..






Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar yis kering (saya guna yg cap kijang)
Air (utk bancuhan tepung, kena agak-agak je la... jgn terlebih jgn terkurang.Kalo terlebih, cair sangat bancuhan tepung tu nanti)
1 mangkuk taugeh ( saya tak letak)
5 pokok daun kuchai( saya x letak)
1 ikat daun bawang 
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam (secukup rasa)
20 ekor atau lebih (jika nak letak banyak udang lah) , kena lap2 ngn paper towel agar x basah sangat.

Bahan-bahan sos lada:
8 biji cili merah ( saya hanya guna cili kisar yg saya beli kat Giant tu, brand Giant.Dalam 3 sudu besar)
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka ( saya gantikan dengan perahan lemon)
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam



Cara membuatnya:

1. Satukan tepung, yis, serbuk kunyit, garam dan air dalam satu bekas.Gaul rata,, dan biarkan dlm 30 minit mcm tu.Nak suh bancuhan tepung tu mengembang sikit.

2.untuk membuat sos lada, bawang putih yg dah saya tumbuk halus dimasukkan bersama cili kisar tadi ke dalam periuk kecil.Campurkan garam dan gula.Gaul rata hingga pekat atas api sederhana.Kemudian barulah masukkan cuka / perahan lemon tadi.Kacau sehingga sederhana pekat.Kemudian tutupkan api.

3. Cara menggoreng cucur udang : Panaskan kuali dgn anggaran minyak untuk menggoreng secara deep fry.Ambil senduk rendamkan dalam minyak panas dalam masa 1 minit, kemudian cedok kan bancuhan tepung dgn menggunakan senduk yg lain ke dalam senduk yg direndam dlm minyak panas tadi.Jangan banyak sgt , dalam 3/4 penuh jer.Letakkan lah beberapa ekor udang yg anda suka.tp jgn penuh sgt, dalam 3 ekor dah cukup.Kalau nak letak seekor pun , ok jer.
Selepas itu, rendamkan senduk yg berisi bancuhan tadi sebentar dlm minyak panas tu, kemudian ianya akan tertanggal sendiri. (Sebab tu pentingnya, pastikan minyak benar2 panas k).Dalam masa menggoreng tu, kena hati-hati tau..meletop2 jer udang tu.Hati-hati takut terkena percikannya.Kecilkan api, dan pastikan cucur dan udang itu masak sepenuhnya.Bila dah masak, angkat dan letak di atas papaer towel.Bolehlah dihidangkan bersama sos lada tadi.

Nyum2 sedap tau resepi ni :D






No comments:

Post a Comment