Sunday, October 24, 2010

Sup Ayam Special

Esok dah Isnin balik...anak-anak masih lagi melalui exam akhir tahun.Tinggal minggu ni jer lagi.Lepas tu...hooray! merdeka! :P mak budak plak excited.Hari ni masak sup ayam.Simple tapi sedap! saya dapat resepi kat MyResepi.Biasanya kalau saya masak sup , saya main rebus jer.Tak tumis pun.Hari ni nak cuba lak resepi yang lain sikit.Dan hasilnya...berbaloi2! Resepi kat bawah tu saya cnp terus dari MyR.Bleh kurang kan bahan ikut byk mana ayam tu.



Sup Ayam Special

  • 1 ekor ayam potong 16
  • 1 labu bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 iji buah pelaga
  • 2 bj kentang
  • 1 btg lobak
  • 1 mangkuk air panas br masak
  • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

  1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
  7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

2 comments:

  1. sedap3..dah ler duk selesema neh..hirup sup sedap...

    ReplyDelete
  2. Hehehe..buatlah Anis...senang je :)

    ReplyDelete